Saturday, January 24, 2009

RAHSIA MENJADI INSAN BAHAGIA

RAHSIA PERTAMA
"Tiada pintu untuk menuju kebahagiaan,
kebahagiaan itu adalah pintunya.

RAHSIA KEDUA
"Untuk menjadi bahagia kelak,
Bahagialah sekarang.

RAHSIA KETIGA
"Rasailah bahagia sepenuhnya
dengan membahagiakan org lain.

RAHSIA KEEMPAT
"Tetapkanlah memilih kebahagiaan
yang berterusan sepanjang masa

( Tanya hati anda, adakah anda bahagia dengan kerjaya anda sebagai bakal kaunselor???
Hanya anda yang mampu menjawabnya kerana anda akan melaluinya. Bahagiakan hati anda sebelum anda membahagiakan hati klien anda.)

Kaunseling dan persepsi

Bukan semua wanita yang sukakan buah mangga. Bagi yang tak suka, akan berkata buah mangga adalah tidak elok untuk usus dan akan dikatakan bagai perempuan mengidam. Namun lain pula bagi saya, ia adalah buah yang paling saya suka. Tidak kiralah apa jua jenis namanya, asalkan saya tahu itu adalah buah mangga. Istilah bagaikan perempuan mengidam sama sekali tidak masuk akal kerana ada yang tidak sukakan buah mangga dan langsung tidak menjamahnya sepanjang kehamilan.
Apa yang saya cuba ketengahkan kat sini ialah, anda ,saya dan orang lain adalah berbeza. Masing- masing mempunyai pendapat,pandangan dan citarasa masing- masing. Apa kesemuanya ini? Inilah pengaruh persepsi dalam kehidupan. Apa kaitannya dengan persepsi dengan kaunseling? Persepsi mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam kaunseling. Berjaya atau gagalnya sesuatu sesi kaunseling bergantung juga kepada tahap kawalan persepsi tenaga profesional yang mengendalikan sesi tersebut iaitu kaunselor.
Apa tidaknya, kaunselor juga seperti orang lain. Mereka mempunyai persepsi tersendiri hasil dari latar belakang, pengalaman dan kepercayaan serta pegangan nilai. Untuk memastikan seorang kaunselor dapat melaksanakan tugasnya dengan lebihberkesan, beliau perlu mengawal persepsi diri

Assalamualaikum semua

Pertamanya, selamat menjengah masuk ke blog saya..harap2 korang semua enjoy dan mendapat input yg berguna . Yg baik kita jadikan teladan dan yg buruk kita jadikan sempadan.. Berbicara soal kehidupan, sangat kompleks untuk difahami. Adakalanya kita ditemani dengan senyuman dan adakalanya kita juga diuji dengan tangisan. Tapi itulah ertinya sebuah kehidupan. Mahu atau tidak, kita harus melaluinya dengan sabar. Hanya insan yang benar- benar menghargai erti kehidupan sahaja akan terus berjuang dan berjuang. Walaupun adakalanya kita berada dalam dua simpangan, tetapi kita perlu untuk membuat keputusan kerana ia adalah soal hidup kita. Kita akan berhadapan dengan dilema, namun tabahkan hati dan kuatkan iman. Nescaya Yang Maha Esa akan mempermudahkan laluan untuk kita memilih mana yang lebih terbaik. Sesungguhnya, kita yang menentu perjalanan kehidupan . Inilah yang dinamakan LAKARAN KEHIDUPAN