Saturday, January 24, 2009

Kaunseling dan persepsi

Bukan semua wanita yang sukakan buah mangga. Bagi yang tak suka, akan berkata buah mangga adalah tidak elok untuk usus dan akan dikatakan bagai perempuan mengidam. Namun lain pula bagi saya, ia adalah buah yang paling saya suka. Tidak kiralah apa jua jenis namanya, asalkan saya tahu itu adalah buah mangga. Istilah bagaikan perempuan mengidam sama sekali tidak masuk akal kerana ada yang tidak sukakan buah mangga dan langsung tidak menjamahnya sepanjang kehamilan.
Apa yang saya cuba ketengahkan kat sini ialah, anda ,saya dan orang lain adalah berbeza. Masing- masing mempunyai pendapat,pandangan dan citarasa masing- masing. Apa kesemuanya ini? Inilah pengaruh persepsi dalam kehidupan. Apa kaitannya dengan persepsi dengan kaunseling? Persepsi mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam kaunseling. Berjaya atau gagalnya sesuatu sesi kaunseling bergantung juga kepada tahap kawalan persepsi tenaga profesional yang mengendalikan sesi tersebut iaitu kaunselor.
Apa tidaknya, kaunselor juga seperti orang lain. Mereka mempunyai persepsi tersendiri hasil dari latar belakang, pengalaman dan kepercayaan serta pegangan nilai. Untuk memastikan seorang kaunselor dapat melaksanakan tugasnya dengan lebihberkesan, beliau perlu mengawal persepsi diri

No comments:

Post a Comment