Saturday, January 24, 2009

Assalamualaikum semua

Pertamanya, selamat menjengah masuk ke blog saya..harap2 korang semua enjoy dan mendapat input yg berguna . Yg baik kita jadikan teladan dan yg buruk kita jadikan sempadan.. Berbicara soal kehidupan, sangat kompleks untuk difahami. Adakalanya kita ditemani dengan senyuman dan adakalanya kita juga diuji dengan tangisan. Tapi itulah ertinya sebuah kehidupan. Mahu atau tidak, kita harus melaluinya dengan sabar. Hanya insan yang benar- benar menghargai erti kehidupan sahaja akan terus berjuang dan berjuang. Walaupun adakalanya kita berada dalam dua simpangan, tetapi kita perlu untuk membuat keputusan kerana ia adalah soal hidup kita. Kita akan berhadapan dengan dilema, namun tabahkan hati dan kuatkan iman. Nescaya Yang Maha Esa akan mempermudahkan laluan untuk kita memilih mana yang lebih terbaik. Sesungguhnya, kita yang menentu perjalanan kehidupan . Inilah yang dinamakan LAKARAN KEHIDUPAN

No comments:

Post a Comment