Wednesday, February 11, 2009

Dikau sahabat,dikau teman

KITA BERLIMA, SATU JIWA, SATU RASA

Sem 1 kita bertemu...masing- masing malu- malu, cover ayu dan macam- macam lagi lah. Bila dikenangkan kembali, lucu plak. Tapi disitulah bermulanya persahabatan kita hinggalah ke hari ini. Pelbagai suka duka yang kita alami, namun itulah yang lebih menguatkan persahabatan kita. Pantai mana yg tak pernah dilambung ombak, bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan. Begitulah juga dengan persahabatan kita. Tapi, kerana teguhnya ikatan yang kita bina, ianya dapat diatasi. Tanpa kalian semua, da tak mampu untuk berdiri sebagaimana hari ini. Jadikan persahabatan kita sebagai satu lagenda yang unik.

Amal

Susah senang kita bersama..dari sem 1 sampailah sekarang. Seperti kata ko, rahsiaku rahsiamu jua. Aku sayangkan ko. Ko lah tempat aku mengadu, tempat aku menangis dan tempat aku meluahkan perasaan. Ko banyak tahu rahsia aku. Aku harap persahabatan kita akan kekal selamanya walaupun kita dah kahwin dan ada anak. Hehehe. Nnti, jangan lupa, pesan kat anak ko, panggil aku mok cik da ye..

Ct

Kita pernah duk sebilik..Aku mintak maaf klu aku ni suka membebel kat ko yer..aku syg ko. Jujur aku nk cakap, ko mempunyai sepasang mata yang sgt cntik. Jdi, mata ko tu , ko pndglah si dia sorang je tau. Aku kagum dengan keperibadian ko. Ko bijak berdikari, boleh sesuaikan diri dengan keadaan di sini walaupun ko dtg sini dulu sorang2. Tak semua mampu menjadi spt ko tau. Aku pun tak mampu utk jadi spt ko. Jadi, aku harap ko lebih tabah wlupun berjauhan dgn keluarga. Klu ko ada mslh, aku sedia membantu. Ingatlah, ko tak berseorangan disini. Ko masih ada aku, dila , amal dan ciwa. Kitaorang adalah sahabat ko.

Wa

Adakalanya kita berselisih pendapat, tapi kita still rapat. Da sayangkan wa. Da nk sangat suatu saat nnti, kita berlima bercuti bersama . Mesti best kan. Kenangan antara kita akan tetap terpahat di jiwa da. Klu dah bergelar raja sehari, jangan lupa jemput da yer. Boleh merasa nasi minyak Penang.

Dila

Sahabatku, ko lah yg paling cute tau. Macam baby...Da tumpang bahagia sbb khdupan dila lbh bermakna sekarang. Dila tentu faham maksud da kan. Dila berhak utk bahagia, jangan biarkan org meyakiti kita. Da harap dia dapat jaga dila baik2, klu x, siap dia. Hehehee...Kita pernah merasa kecewa bersama dulu, dan sekarang kita juga bahagia . Tuhan tu Maha Adil kan, Dia tahu siapa yang terbaik utk kita. Dila...rasailah kebahagiaan sekarang dengan sepenuh jiwamu ...

JADIKAN PERSAHABATAN KITA SETEGUH TEMBOK BESAR CINA DAN SEHEBAT LAGENDA TAJ MAHAL.

No comments:

Post a Comment